Jaga hubungan dengan Allah
Banyak cara boleh kita praktikkan bagi menjaga hubungan kita dengan kekasih kita yakni Allah SWT. Antaranya ialah senantiasa bertaubat ( tidak kira bertaubat sebagai hambaNya mahupun taubat kerana dosa yang dilakukan ). Selain itu , senantiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNya. Kita haruslah sedar bahawa nikmat Allah tidak pernah putus sedikit pun. Maka perlulah kita bersyukur dengan nikmatNya sebagai tanda terima kasih. Kalau kita dapat hadiah daripada ayah ibu , kita ucap " Terima kasih " kan ? Apa salahnya kita ucap " Alhamdulillah ! " kepada Allah SWT yang telah menghadiahkan nikmat kepada kita.
" Dan andai kamu menghitung nikmat Allah , nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya ."
( Surah Ibrahim 14 : 34 )
Jaga hubungan dengan Manusia
Secara amnya , makna manusia disini cukup luas. Manusia termasuklah ibu bapa , adik beradik , saudara mara , guru guru , rakan rakan , dan seluruh makhluk di muka bumi ini yang bergelar manusia. Sekejap , Rasulullah SAW adalah manusia teragung & terhebat , para sahabat baginda , para ulama , dan ramai lagi. Berbuatlah baik dengan mereka. Yang masih hidup terutamanya , hormatilah mereka , jagalah tutur kata , dan yang paling penting tanamkanlah rasa kasih , sayang & cinta sesama Muslim agar kita tidak bermusuhan & bertemu berpisah kerana Allah SWT. Allah sayang & suka manusia yang berbaik baik sesama saudaranya. Cuba kita bayangkan , andai kita ikhlas akan saudara kita , membantunya tatkala susah , adakah saudara itu akan lupa mendoakan kesejahteraan kita ? Insya'Allah doa mereka amat bermakna :)
" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah ciptakan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain ). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu ).
( Surah al Hujurat 49 : 13 )
Jagalah hati
Ya , hati. Hati adalah raja fizikal kita. Hati adalah raja kepada mulut. Andai hati berkata kata A , mulut juga begitu. Hati adalah raja kepada tingkah laku. Hati adalah raja diri kita. Jadi , jagalah hati anda. Jagalah hati kita ini sebaik baiknya. Tahukah kita yang kita boleh mengawal hati kita ? Maka janganlah hanya mengikut hati. Ikutkan hati , mati. Fikirlah sedalam dalamnya setiap bait bait hati. Kita manusia punya akal. Gunakan akal & manfaatkanlah hati.
" Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila daging itu baik , maka seluruh tubuh itu baik ; dan apabila seketul daging itu rosak , maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah yakni seketul daging itu adalah HATI "
( Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim )
Doa. Doa juga penting wahai saudaraku. Jangan lupa untuk senantiasa berdoa. Jangan angkuh. Jangan takbur. Jangan sombong. Berdoalah selagi ada waktu. Berdoalah selagi ada nafas. Berdoalah selagi waktumu berdetik. Berdoalah selagi bumi beredar pada paksinya dan berdoalah selagi matahari mula memancar dari arah timur. Kerna sekali kita tidak berdoa , Allah jauh daripada kita. Kerana apa ? Kerana tanpa doa , maknanya kita dapat hidup tanpaNya , tanpa pertolonganNya. Tapi semua , segala yang kita ada adalah daripaNya kan ? Sedar akan itu ? Maka berdoalah dan doa untuk masuk syurga. Amiiin.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori KELEBIHAN /
Nasihat /
tahukah anda
dengan judul 3 Tips Mudah Untuk Dapat Masuk Syurga... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/3-tips-mudah-untuk-dapat-masuk-syurga.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "3 Tips Mudah Untuk Dapat Masuk Syurga.."
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.