“Dari Abu Sa`id Sa`d bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Pada zaman dahulu ada seseorang yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia mencari-cari orang yang paling `alim di negeri itu maka dia pun ditunjukkan kepada seorang pendeta. Dia pun lantas datang kepada si pendeta dan menceritakan bahawa dia telah membunuh 99 orang, maka adakah masih boleh diterima taubat. Lalu pendeta itu mengatakan bahawa taubatnya tidak akan diterima. Lantas orang itu membunuh si pendeta tadi maka genaplah sudah orang yang dibunuhnya sebanyak 100 orang.
Dia mencari-cari lagi orang yang paling `alim di negeri itu maka dia ditunjukkan kepada seseorang yang sangat `alim. Kemudian dia menceritakan bahawa dia membunuh 100 orang, maka adakah masih boleh diterima taubatnya. Orang yang sangat `alim itu menjawab, “Ya, masih boleh. Siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat? Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah sana itu sama menyembah kepada ALLAH Ta`ala, maka sembahlah ALLAH bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi kekampung halamanmu kerana perkampunganmu adalah daerah hitam.”
Maka pergilah orang itu. Setelah menempuh jarak kira-kira setengah perjalanan maka matilah dia. Kemudian bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata, “Dia telah berangkat untuk benar-benar bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada ALLAH Ta`ala.” Malaikat Azab pula berkata, “Sesungguhnya dia belum berbuat kebaikan sedikit pun.”
Lantas datanglah seorang Malaikat dalam bentuk manusia, maka kedua-dua Malaikat itu menjadikannya sebagai hakim. Maka berkatalah Malaikat yang dalam bentuk manusia itu, “Ukurlah olehmu dua daerah itu. Maka kepada daerah yang lebih dekat itulah ketentuan nasibnya.”
Mereka mengukurnya kemudian mereka mendapati daerah yang dituju itulah yang lebih dekat. Maka orang itu diambil nyawanya oleh Malaikat Rahmat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Pada riwayat lain di dalam kitab As-Sahih dikatakan:
“Dia lebih dekat sejengkal untuk menuju daerah yang baik itu maka dia dimasukkan ke dalam kelompok mereka.”
Pada riwayat lain juga di dalam kitab As-Sahih dikatakan:
“Kemudian ALLAH Ta`ala memerintahkan kepada daerah hitam itu supaya menjauh dan memerintahkan kepada daerah yang baik itu supaya mendekat dan menyuruh supaya para Malaikat itu mengukurnya. Kemudian mereka mendapati daerah yang baik itu sejengkal lebih dekat. Maka dia pun diampuni.”
Pada riwayat yang lain disebutkan:
“ALLAH mencederungkan hatinya untuk menuju ke daerah yang baik itu.”
Hadith di atas telah disalin dari kitab Riyadhus Solihin karangan Imam an-Nawawi yang mana beliau telah memasukkan hadith di atas di dalam bab tentang Taubat
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Nasihat
dengan judul Kisah Taubat Si Pembunuh 99 orang. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/05/kisah-taubat-si-pembunuh-99-orang.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
pernah dgr cerita ni... insaf
ReplyDelete