AL-FAQIR: Siapakah orang yang di panggil al-Faqir?


Saidina Ali radhiyallah ‘anhu telah melihat seorang lelaki yang faqir berjalan di pasar Kota Basrah, lalu baginda bertanya kepadanya : “Siapakah kamu? “ . Lelaki itu berkata “ Aku seorang faqir”. Maka berlakulah dialog diantara mereka.

Saidina Ali : Apakah tanda-tanda al-faqir?
Si faqir       :Dari engkau diambilnya ilmu wahai Imam
Saidina Ali : Tanda-tanda bagi al-faqir itu ada sebelas ;

1)      Mengenali Allah ta’ala dengan sebenar-benarnya
2)      Sentiasa mematuhi perintahNya
3)      Berpegang teguh dengan sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
4)      Sentiasa berada di dalam keadaan suci (berwudhu’)
5)      Sentiasa meredha’i dengan ketetapan Allah dalam setiap perkara
6)      Tidak melihat apa yang berada di tangan/zahir manusia
7)       Sentiasa yakin dengan apa yang ditetapkan Allah
8)      Mampu menanggung kesakitan dan kesusahan (bersabar)
9)      Bersegera dalam melaksanakan perintah Allah
10)   Menyantuni dan mengasihi sesama manusia (juga sesama makhluk)
11)   Mengetahui bahawa syaitan itu adalah musuhnya.


Apabila si faqir itu mendengar jawapan dari al-Imam, lantas menanggalkan pakaiannya yang compang-camping itu seraya berkata : “ Demi Allah, aku tidak akan memakainya lagi selepas hari ini “ .
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Nasihat dengan judul AL-FAQIR: Siapakah orang yang di panggil al-Faqir?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/05/al-faqir-siapakah-orang-yang-di-panggil.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "AL-FAQIR: Siapakah orang yang di panggil al-Faqir?"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.