KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah dan samun yang menjadikan kondominium mewah di ibu negara, Selangor serta Pulau Pinang sebagai sasaran, setelah tujuh individu termasuk dua wanita diberkas dalam serbuan baru-baru ini.
Kumpulan yang terlibat dalam 60 kes ini akan menyamar sebagai penghuni kondominium sebelum mencari kediaman tidak berpenghuni dengan cara menekan loceng pintu berkali-kali.
Semua suspek, berusia antara 18 dan 35 tahun, diberkas di Klang serta Jalan Pasar, pada 16 Mac lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam serbuan pertama, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Berkeley, Klang, kira-kira jam 9 pagi.
Menurutnya, serbuan dilakukan susulan kejadian samun di sebuah kondominium di Mont Kiara pada 11 Mac lalu, di mana mangsanya diikat dan diacukan parang manakala barangan berharga bernilai hampir RM1.5 juta dilarikan.
“Dalam serbuan tersebut, empat lelaki dan seorang wanita diberkas dan susulan itu dua lagi ahli kumpulan ini ditahan di Jalan Pasar ketika cuba menjual emas dipercayai hasil samun, jam 12.30 tengah hari.
“Kita merampas barangan yang dipercayai hasil pecah rumah antaranya 30 loket, 25 rantai leher, 25 cincin, lapan gelang kaki, lima gelang tangan, wang tunai RM17,000, serangkai anak kunci dan peralatan pecah rumah,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, tujuh daripada sembilan ahli Geng Topeng yang dipercayai terlibat dalam 15 kes rompakan bersenjatakan parang diberkas di Cheras dan Batu Caves, baru-baru ini.
Mohmad berkata, kumpulan yang dianggotai sembilan lelaki tempatan, berusia antara 18 dan 30 tahun, melakukan rompakan secara ganas dengan memakai topeng skin mask serta bersenjata, sejak Januari lalu.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA
dengan judul AWAS!! Kondo jadi sasaran samun. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/awas-kondo-jadi-sasaran-samun.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "AWAS!! Kondo jadi sasaran samun"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.