2 rakan Maut masa pasang bendera parti

TANAH MERAH - Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam tadi.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi ini.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri. – Bernama
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA dengan judul 2 rakan Maut masa pasang bendera parti. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/2-rakan-maut-masa-pasang-bendera-parti.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "2 rakan Maut masa pasang bendera parti"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.