kita tahu bahawa allah swt allah yang menciptakan semua
makhluknya, termasuk langit, bumi, gunung, yang paling besar iaitu arasy, yang
paling kecil iaitu atom, semuanya allah yang menciptakan nya. kita tahu dengan
yakin perkara itu.
tapi dalam semua makhluk itu ada dua makhluk lagi yang kita mungkin lupa, apakah dua makhluk itu? iaitu ahwalul hasanah (hal-hal yang baik) ahwalus sayyiah (hal-hal yang tidak baik) kawan-kawan semua tolong baca artikel yang saya tulis ini dengan teliti untuk senang kita nak faham, sebab mungkin kurang jelas bahsa saya kerana saya bukan rakyat malaysia (CAMBODIA) kenapa kena teliti?? kerana artikel ini sangat-sangat berharga untuk kita yang sedang hidup pada masa ini.
dua makhluk ini ahwalul hasanah ( hal yang baik) dan ahwalus sayyiah (hal yang tidak baik) telah diciptakan juga oleh allah seperti makhluk lain-lain juga, habis dia dimana?? dia allah letak diatas, sampai masa nanti dia akan turun, macam mana kita boleh tahu masa sampai ke belum? ( yang saya maksud dengan masa disini ialah sehingga sampai masa manusia akan panggil salah satu dari dua makhluk itu). maksudnya kedua-kedua makhluk itu tak akan turun sehingga manusia sendiri yang memanggil mereka turun.
kerana kedua-kedua makhluk ini ada kaitan rapat dengan manusia, jika manusia melakukan kebaikan maka manusia akan panggil hal-hal yang baik tadi turun( khzanah allah) menolak hal-hal yang tidak baik, tapi apabila manusia melakukan kejahatan maka manusia itu sedang memanggil hal-hal yang yang tidak baik turun(azab). jadi yang kita kena faham ialah kedua hal-hal tersebut memang akan berlaku jika manusia itu sendiri yang memanggilnya. firman allah dalam al-quran
وَلَو أَنَّ
أَهلَ القُرىٰ ءامَنوا وَاتَّقَوا لَفَتَحنا عَلَيهِم بَرَكٰتٍ مِنَ السَّماءِ وَالأَرضِ
وَلٰكِن كَذَّبوا فَأَخَذنٰهُم بِما كانوا يَكسِبونَ ﴿٩٦﴾
(96) jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
(96) jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
sebab itu saya telah menulis dalam artikel saya bertajuk awas!! malaysia, saya tulis apabila sesuatu kejahatan / kesalahan itu dipandang sebagai perkara yang biasa-biasa maka tunggulah hal-hal yang tidak baik (musibah) pasti akan sampai.
dan perlu kita faham juga bahawa tiap-tiap musibah yang allah datangkan itu terbahgi kepada dua asbab.
1) bila manusia melaku kejahatan allah turunkan musibah ( ini azab nama nya)
2) bila manusia melakukan kebaikan tapi allah turunkan musibah (ini cubaan)
jadi macam mana kita nak bezakan antara musibah dengan cubaan?
insay allah sambung baca lagi.....
kita boleh bezakan pada sesuatu kejadian itu azab kah / cubaankah ? melalui manusia yang hidup dikelilingi kita, ( saya akan terangkan untuk kita senang faham) di seluruh manusia yang berada dibumi allah sekrang kalau kita kira peratusannya yang beragama islam agama yang allah redha itu mungkin dalam 30% / 40%, ertinya yang melakukan kebaikan itu lebih sedikit berbanding orang yang melakukan kejahatan.
dan dalam islam itu sendiri kalau kita kira peratusan pula yang taat perintah allah mungkin dalam 30/40% saja, ertinya: sekarang kejahatan lagi bertambah banyak dari kebaikan, dalam 30/40% yang taat perintah allah ini kalau dikira yang taat dengan betul sertai ikhlas itu mungkin dalam 40/50% saja, sekarang kita semua dah faham kan?? tak faham lagi?? baiklah nanti saya ringkaskan untuk anda semua.
kaedah dia macam ini, tiap-tiap kejahatan itu menarik musibah(azab) allah, dan
tiap-tiap kebaikan itu menolak musibah ( azab ) dari allah, cuba anda semua fikirkan kalau seorang itu sedang menarik dan seorang lain sedang menolak ( seorang VS seorang) takde masalah kan?? tetapi jika 10 orang menolak dan seribu orang sedang menarik ( cuba anda semua fahamkan siapakah yang akan menang?)
-- ada orang mengatakan bahawa tahun 2012 ini akan berlaku kejadian yang dahsyat, apakah pandangan anda?? percaya ke tidak itu tak penting, yang penting cuba anda tengok keliling anda berapa banyak kah manusia melakukan kebaikan?? dan berapa banyak kah manusia melakukan kejahatan?? selepas anda tengok keliling diri anda maka masa itu anda akan faham.
(( tapi untuk pandangan peribadi saya, saya rasa keburukan manusia hari ini telah melampaui batasan, kalau suruh saya bilang keburukan pada hari ini tak sanggup saya nak membilang nya, kalau nak saya bilang keburukan kaum nabi salleh as/ kaum nabi luth as/ kaum nabi hud as/ kaum nabi lain-lain saya boleh bilangkan, tapi keburukan pada hari ini saya tak dapat nak membilang kerana terlalu banyak, oleh itu 2012 bagi saya 99% akan berlaku, tapi ingat hanya musibah bukan kiamat,)) akan tetapi ...... tetapi apa??? akan sambung insya allah. harap tolong sampaikan pada kawan kita yang lain.
Artikel Asal Dari http://www.ustazcambodia.com/
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ARTIKEL PANAS
dengan judul Musibah Tidak Ada Kaitan Dengan Kita ?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/01/artikel-yang-mesti-dibaca.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Musibah Tidak Ada Kaitan Dengan Kita ?"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.