BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.
KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.
Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.
Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.
Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.
- hMetro
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori SESAT
dengan judul 12 umat Islam ditangkap JAIS sertai aktiviti keagamaan gereja. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/01/12-umat-islam-ditangkap-jais-sertai.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "12 umat Islam ditangkap JAIS sertai aktiviti keagamaan gereja"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.