Showing posts with label Zikir dan Doa. Show all posts
Showing posts with label Zikir dan Doa. Show all posts

Walaupun Buta tapi Masjid Tak Tinggal...



Berikut adalah kisah seorang sahabat Rasulullah yang Buta bernama Abdullah Ibnu Ummi Maktum
Abdullah bin Ummi Maktum, nama sebenarnya Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat suku Quraisy yang termasuk peserta hijrah ke Madinah rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah saw. Abdullah mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Rasululah saw. Dia adalah sepupu Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid ra. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya ‘Atikah binti Abdullah.

Ibunya bergelar ‘Umi Maktum’ kerana anaknya Abdullah lahir dalam keadaan buta.
Abdullah bin Ummi Maktum termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, dia turut menanggung segala macam suka duka kaum muslimin di Makah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti diderita kawan kawannya seagama, berupa penganiayaan dan berbagai macam tindakan kekerasan lainnya.

Tetapi apakah karena tindakan-tindakan kekerasan itu Ibnu ummi Maktum menyerah? Tidak……! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman. Bahkan dia semakin teguh berpegang pada ajaran Islam dan Kitabullah. Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering menhadiri majlis Rasulullah saw.
Maqam Sayidina Abdullah Ummi Maktum
Setiap waktu kosong selalu disinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu digunakan untuk menambah ilmu Islam. Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, mengharapkan semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid).

Rasulullah saw berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Sedang Rasulullah saw berdakwah dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran.
Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”
Rasul saw yang mulia tidak mempedulikan permintaan Abdullah bahkan berpaling lalu meneruskan pembicaraannya dengan pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam tambah kuat dan dakwah bertambah lancar.
Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah saw cuba hendak pulang, tetapi tiba tiba penglihatan beliau gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti terkena pukulan. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya:
“Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, karena seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti.” Surah ‘Abasa : 1 – 16.
Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril Al-Amin ke dalam hati Rasulullah saw berhubung dengan peristiwa Abdullah bin Ummi Maktum, yang sentiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.Sejak hari itu Rasulullah tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Baginda mepersilakannya duduk ditempat duduk beliau. Bertanyakan keadaannya dan beliau penuhi keperluannya. Tidaklah heran kalau beliau memuliakan Abdullah sedemikian rupa, kerana teguran dari Allah itu sangat tegas.

Amalan Di Terima Allah SWT Ada Tandanya...


Adakah kita berasa yakin terhadap amalan kita terhadap Allah SWT. Adakah kita yakin amalan kita diterima oleh Allah? Ketahui apakah tanda amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Kita mesti tertanya-tanya adakah amalan kita ini diterima oleh Allah SWT ataupun tidak. Namun ketahuilah begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhluk pun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar.

Adakah kita berasa yakin terhadap amalan kita terhadap Allah SWT. Adakah kita yakin amalan kita diterima oleh Allah? Ketahui apakah tanda amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala ativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan “bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi.

Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”. (Ar ra’d ayat 28) Wallahu A’lam.

P-- Oleh kerana itulah kita diseru supaya sentiasa bermuhasabah kepada diri sendiri. Sering bertanya kepada hati adakah amalan kita diterima oleh Allah SWT ataupun tidak. Jika kita sentiasa bermuhasabah, secara tidak langsung kita dapat memperbaiki apa yang dirasakan kurang terhadap diri sendiri.Ustazcambodia

Gambar Al-Quran Terbesar Di Dunia...


Sebuah Al-Quran telah berjaya dihasilkan di ibu Kota Afghanistan. Apa yang menariknya, Al-Quran yang dihasilkan tersebut merupakan ciptaan dikataan paling terbesar di dunia.

Sebuah kitab suci Al-Quran yang dikatakan terbesar di dunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul dengan kerjasama Syarikat Reverra Ltd. (Italy). Ia seberat 1,102 paun dan mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing. Ia dibiayai Alhaj Sayed Mansoor Naderi. Al-Quran tersebut menggabungkan skrip emas dengan berjuta-juta titik kecil yang berwarna-warni, yang membentuk hiasan sangat simbolik di sekitar muka surat gergasi itu.

Seperti yang kita ketahui, Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui perantara Malaikat Jibrail. Al-Quran merupakan panduan hidup semua umat di atas muka bumi ini. Mari kita lihat gambar menarik naskah Al-Quran yang terbesar di dunia ini. Jom!
P-- Kagum kan? Belum pasti akan matlamat dan niat sebenar Al-Quran terbesar ini dihasilkan. Tetapi, harapnya bukanlah sekadar untuk bermegah-megah, mengejar rasa bangga dan  hanya untuk pameran sahaja. Wallahua’lam.. Semoga kecintaan kita kepada Al-Quran sentiasa bertambah. Melayukini.net

Tanda Terkena Sihir Serta Petua Elakkan dan Kesan Sihir



 Tanda Terkena Santau, Petua Elakkan dan Kesan Santau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap hari jumaat akan ada kuliah agama selama satu jam bermula pukul 8.30 pagi sampai 9.30 pagi kat ofis tempat saya keja. Kuliah hari ni disampaikan oleh Ustaz Farhan Wijaya berkaitan dengan Sihir dan jugak Santau. Kuliah bahagian kedua pasal Santau ni akan bersambung minggu depan. Saya tertarik dengan ceramah pagi ni dan saya akan kongsikan kepada korang semua berkaitan dengan Santau ni yang saya dapat dari ceramah tadi dan dari internet.


Santau terbahagi kepada dua: 

Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat. 

Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. 


Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut: 

- Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
- Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
- Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang. 
- Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki. 
- Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya. 
- Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.

Bahan-bahan Santau:

- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.

Tanda-tanda terkena santau:

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
- Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
- Sentiasa sakit pada tulang belakang
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)


Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t. 
- Hilang daya ingatan 
- Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah, 
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran. 
- Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan. 
- Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur. 
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu. 
- Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan. 
- Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.
Panduan Mengesan Kehadiran Santau:

Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.

Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:
Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau

Ayat Pelindung Diri dari Santau
 

Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi "Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun". Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari
Antara ayat-ayat lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan santau boleh ke website Darussyifa yang diasaskan oleh Dato` Dr. Haron Din di sini

Cara Menjaga Hubungan Dengan allah


Bagi kita selaku hamba ciptaan Tuhan, yang paling utama ialah menjaga hubungan dengan Tuhan. Allah swt tidak jadikan kita ini kecuali Allah mahu kita menyembah dan mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Banyak cara atau banyak jalan bagi setiap hambanya agar terus dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT yang mana cara atau jalan itu semuanya di tunjuki oleh Allah sendiri.

Diantaranya:

1. Sentiasa bertaubat. Terdapat dua jenis taubat iaitu:
a. Taubat sebagai hamba
Taubat jenis ini dilakukan oleh para Nabi dan Rasul termasuk Rasulullah saw yang maksum. Taubat jenis ini ialah rintihan rasa berdosa, rasa bersalah, rasa lemah, rasa cacat cela, rasa dhaif, rasa kekurangan dalam bersyukur. Lantas hati merasa bimbang akan kedudukan diri disisi Tuhan.
b. Taubat orang yang berdosa
Taubat jenis ini memang satu perintah Allah swt. Lebih baik ditaubatkan setiap dosa yang dilakukan. Oleh itu setiap hamba hendaklah mengetahui apakah sudah terbuat dosa atau tidak samada dosa terhadap Allah atau dosa terhadap sesama manusia. Lebih sempurna sekiranya kita merasakan memang banyak terbuat dosa, lantas tidak membataskan taubat. Yakni sentiasa merintih kepada Allah, memohon ampun samada dosa kecil atau besar, samada dosa yang lepas atau yang akan datang, samada disedari atau tidak, samada disengajakan atau tidak.

Satu aspek yang sering dilupakan atau mungkin tidak diketahui kerana tidak di perkatakan iaitu mengenai kesempurnaan taubat. Setelah menepati syarat-syarat taubat kepada Allah swt dan kepada manusia, sempurnanya taubat itu hendaklah di iringi dengan berbagai bentuk tebusan. Menebus dosa yang sudah ditaubatkan itu ialah dengan membanyak dan mempelbagaikan kebaikan. Contohnya istiqamahkan bangun malam untuk beramal, banyakkan sedekah, berkhidmat kepada kedua ibu bapa, membuat khidmat masyarakat, membantu anak-anak yatim, meringankan beban golongan miskin, menziarahi orang sakit serta menghulurkan bantuan, menziarahi saudara mara dan kawan-kawan, memberi nasihat, berjuang dan berkorban untuk menegakkan Islam. Disini kita dapat lihat betapa indahnya ajaran Islam itu. Melalui para hambanya yang sering bertaubat, hasilnya meriah dan makmur kehidupan bermasyarakat.

2. Sentiasa bersyukur atas nikmat
Bersyukur ertinya rasa terhutang budi dan jasa terhadap Tuhan lantas rasa berterima kasih diatas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan. Kita kena faham dan insaf bahawa nikmat anugerah Allah keatas hambanya tidak pernah sedetik pun terhenti atau terputus. Sebab itu nikmat Tuhan tidak dapat dihitung. Dapatkah kita hitung nikmat yang ada pada diri kita seperti nikmat mata, hidung mulut, telinga, tangan, kaki, lidah, akal. Nikmat luar diri pula seperti makan minum, pakaian, harta benda, rumah, kenderaan, bumi tempat tinggal, udara, matahari, lautan, sungai, bulan, bintang dan sebagainya. Tiada suatu apa pun yang bukan anugerah Tuhan. Semuanya kita nikmati dengan bebas. Cuba kita renungkan, seluruh alam semesta ini Allah swt buat utk dimanfaatkan atau untuk dinikmati oleh seluruh makhluk. Maha Suci Tuhan, sedikit pun Tuhan tidak mengambil faedah dari barang ciptaanNya.

Oleh kerana nikmat Allah swt tidak pernah putus, maka rasa bersyukur atau berterima kasih kepada Tuhan juga sewajarnya tiada boleh ada batas atau had. Cara terbaik sebagai tanda syukur ialah mengembalikan semua nikmat Tuhan itu kepada Tuhan, kepada jalan Tuhan, kepada kebaikan dan kebajikan, gunakan seluruh nikmat Tuhan itu sebagai alat untuk mengabdikan diri atau untuk jalan taat kepada Tuhan. Ini termasuk untuk berbakti kepada sesama manusia, mendatangkan manfaat kepada manusia.

3. Bersabar
Bagi orang mukmin yang sabar, ganjarannya ialah Allah swt akan cepatkan mereka masuk ke syurga. Takrif sabar ialah tahan terhadap sesuatu untuk mendapat balasan Allah swt. Tahan yang dimaksudkan ialah tidak keluh kesah, tidak menderita, tidak putus asa atau kecewa, tenang, rela, senang hati dalam apa keadaan sekali pun. Sabar terbahagi kepada tiga peringkat iaitu,
a. Sabar dalam mentaati Allah. Mengamalkan segala perintah atau suruhan Allah swt dengan penuh kerelaan, senang hati, istiqamah, ikhlas hingga akhir hayat.
b. Sabar dalam meninggalkan maksiat. Dengan rela, senang hati, tidak rasa terpaksa, terasa indah, lazat dalam meninggalkan tegahan atau larangan Allah swt.
c. Sabar dalam menghadapi ujian Allah swt. Mengapa Tuhan suruh sabar? Kalau kita faham hakikat kehidupan sementara ini, sememangnya munasabah untuk bersabar diatas ujian yang Tuhan datangkan. Ini kerana sudah menjadi sunnatullah manusia tidak dapat lari dari ujian. Namun Tuhan datangkan ujian sekali sekala sahaja. Dan kadang-kadang sementara dan sekejap sahaja. Dalam ujian itu pula ada maksud baik dari Tuhan, ada hikmah, ada pengajaran, ada didikan dan ada iktibar, sekurangnya setiap ujian itu menjadi suis otamatik untuk manusia ingat dan kembali kepada Tuhan. Atau juga sekurang-kurangnya sebagai penghapusan dosa atau Tuhan mahu tingkatkan darjat.

4. Redha
Redha terhadap musibah atau bencana. Redha bermaksud hati menerima dengan rela, senang hati, berlapang dada kerana hati benar-benar merasai kehambaan dan merasa bertuhan. Hamba serba lemah dan tiada apa-apa. Manakala Tuhan adalah segala-galanya, semuanya miilik Allah swt. Apabila Allah minta Nabi Ibrahim sembelih anak kesayangannya Nabi Ismail, maka Nabi Ibrahim berbuat dengan patuh dan redha kerana Nabi Ismail serta nyawa Nabi Ismail adalah milik Allah. Nabi Ismail juga dengan senang hati menyerahkan diri dan lehernya kerana Nabi Ismail merasakan dirinya adalah milik Allah. Cuba kita renungkan adakah apa-apa yang bukan milik Allah swt. Kita buat rumah daripada bahan-bahan milik Allah. Diatas bukit yang juga milik Allah, cuaca dan hujan ribut kilat petir juga milik Allah. Kalau Tuhan turunkan hujan lebat, runtuhkan bukit dan kambuskan banglo apa yang kita boleh buat? Semuanya Allah punya dan Allah ambil semula milikNya. Kita dituntut supaya redha, dan kita juga perlu faham hakikat bahawa musibah atau bencana bukan selalu berlaku dalam hidup ini. Itu pun ianya berlaku kerana kesalahan manusia atas sebab lahiriahnya adalah rakus. Atas sebab maknawiyahnya adalah dosa. Redhalah apa saja ketentuan Tuhan dan baikilah diri dengan mendekatkan hati kepada Allah swt yang maha bijaksana.

Hiburan yang hakiki adalah berhibur dengan Allah



Kalau seseorang itu terlalu banyak hiburannya, menunjukkan hiburannya di luar hatinya bukan di dalam hatinya. Hiburan yang sejati adalah hiburan yang di dalam hati. Hiburan di dalam hati itu ialah mengingati Allah.

Berhibur adalah tidak menjadi kesalahan, tetapi yang salahnya apabila salah dalam memilih hiburan hingga melupakan Allah dan RasulNya, lalai dari mengingati Allah dan tidak mengamalkan ajaran Islam yang  sebenarnya serta tidak mengikuti Sunnah Baginda Rasul SAW. Hiburan yang hakiki adalah berhibur dengan Allah Tuhan Yang Maha Penghibur.

Mari kita lihat bagaimana Tuhan itu Maha Penghibur. Sebagai contoh:
- Perkara biasa yang selalu kita tempuh tetapi kita tidak sedar, iaitu menyedut udara. Udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara, kita akan mati. Ertinya, dapat menyedut udara itu satu hiburan. Ia menghiburkan tapi kita tidak sedar. Kalau Tuhan cabut udara itu, kita terseksa bahkan kita mati. Ertinya kita tidak terhibur.

- Bumi yang kita pijak adalah ciptaan Tuhan. Bila mendongak ke langit biru; itu langit Tuhan; ia menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah, pergi ke pasar mencari lauk, ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain, ini semua menghiburkan. Tapi kita tidak perasan dan tidak pernah kita ceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

- Bila kita bekerja menggunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita rasa mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur, kita tidak boleh tidur. Ertinya mengantuk itu menghiburkan. Bila tidur, ia dapat menyegarkan badan. Badan kita pun segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

- Bertemu dengan manusia, kita dapat meluahkan perasaan dan dapat berkongsi rasa. Dia juga meluahkan perasaannya kepada kita. Apabila dapat meluahkan perasaan, lega rasanya. Itu pun hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan kita setiap masa.

- Apabila kita membuat sesuatu perkara yang baik, kita disuruh menyebut nama Tuhan. Tuhan suruh kita sebut:

Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).
Tuhan pilih dua nama-Nya dari 99 nama Allah, iaitu Ar Rahman dan Ar Rahim.
Dengan Ar Rahman, Tuhan beri kita segala macam nikmat.
Dengan Ar Rahim, Tuhan beri kita segala macam rahmat.

Cara itu Tuhan menghibur kita. Ertinya Tuhan kenalkan diri-Nya, ‘Akulah penghibur.’ Tuhan tidak suruh kita sebut: Bismillahijabbarulqahhar (dengan nama Allah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa). Selama ini kita tidak perasan dan kita tidak sedar.

Kita hanya tahu kalau sebut Bismillahirrahmanirrahim, kita dapat fadhilat. Kita tidak diajar bahawa Tuhan itu penghibur agung. Kita diajar fadhilat saja.

- Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja, ia menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja. Siang untuk keperluan kerja. Malam untuk berehat iaitu dengan tidur. Bila bangun pagi, badan segar kembali dan penuh dengan tenaga yang baru. Tidak terhiburkah kita?

Kita tidak pernah diajar tauhid seperti ini. Tuhan itu penghibur agung, tidak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itulah Allah datangkan syariat, seolah-olah Tuhan berkata, “Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan sistem hidup buat menghiburkan kamu.”

SYARIAT:  HIBURAN DARI TUHAN
Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Tetapi ramai manusia menganggap syariat itu menekan dan menyusahkan. Mereka kata syariat itu menghilangkan kebebasan.

Bagaimana syariat itu merupakan hiburan dari Tuhan? Antaranya ialah:
- Syariat mengajarkan kita bahawa kalau orang bersalah, kita maafkan. Tidak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan, betapa sakit perasaan orang itu.

- Tuhan kata jiran mesti dijaga walaupun kafir, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tidak terhiburkah?

- Bila berkawan, mesti setia. Tidak terhiburkah?
- Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tidak terhiburkah?
Cuba baca sejarah orang yang paling kuat berjuang seperti para rasul yang tidak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tidak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa a.s. yang telah membunuh seorang lelaki Qibti sebelum baginda dilantik menjadi nabi. Itu pun secara tidak sengaja.

Rasulullah SAW menyertai peperangan sebanyak 27 kali tetapi tidak sekali pun membunuh orang, padahal peluang ada. Walaupun ada peluang, Rasulullah memilih untuk maafkan. Tidak terhiburkah hati orang?

- Tuhan datangkan Rasulullah untuk menghiburkan manusia. Baginda sangat berlemah lembut dengan musuh-musuhnya. Kalau mereka tidak mahu masuk Islam, Rasulullah biarkan dengan harapan satu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tidak terhiburkah?

Kenapakah sesetengah ulama atau pejuang-pejuang Islam hari ini bila mengajak untuk berjihad, mereka hendak bunuh orang? Hendak tembak dan bom orang. Dari mana mereka belajar? Para rasul tidak ada yang berbuat begitu. Akibatnya orang kafir takut dengan Islam dan pejuang Islam malah orang Islam pun jadi takut.

Jadi Tuhan minta kepada manusia untuk menghiburkan orang dengan mencontohi Tuhan sendiri yang Maha Penghibur. Tuhan juga datangkan orang-orang-Nya yang berjuang untuk menghiburkan manusia. Walaupun mereka susah, yang penting orang terhibur. Bagi orang-orang Tuhan seperti ini, kesusahan itu sendiri satu hiburan kepada mereka.

Betulke Bunga Mekar Bila Mendengar AZAN?


Pernahkan anda mengalami suatu saat yang jarang berlaku apabila laungan azan benar-benar menyentuh anda? Kata-kata pangilan "Solah" bergema di dalam hati anda, ia seakan timbul seram sejuk pada kulit anda.
Itulah keindahan azan, supaya kamu menitiskan air mata cinta dan takut kepada Allah (swt). Selalunya, terutamanya bagi mereka yang tinggal di negara-negara majoriti Islam, azan menjadi sesuatu yang diambil ringan. Anda boleh mendengar panggilan untuk solat serta respon tanpa benar-benar menyedarinya.

Sungguh menakjubkan didapati bahawa bukan hanya kita iaitu manusia mendengar kepada azan! Tidak seperti kebanyakan orang Islam yang tidak bertindak balas terhadap azan itu dengan melakukan Solah, flora dan fauna tidak berpaling kepada pencipta-Nya, mereka bertindak balas dengan cara mereka sendiri.

Mari berkongsi video ini (di bawah) "bunga azan", ia mengingatkan kepada kita bahawa seluruh alam semesta, walaupun pokok-pokok dan haiwan, mengagungkan Allah (swt) ... "SubhaanAllah!

Semoga Allah (swt) membantu kita dan membimbing kita untuk meningkatkan amalan kita dan kembali kepada-Nya sebagai hamba yang merendah diri. Ameen.

Fenomena mengagumkan yang terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah mendapat perhatian dari media Barat (Stesen televisyen CNN).

Saksikan bagaimana bunga-bunga ini bertindak balas sebagai panggilan untuk solat
...

 Sumber

Senarai Kesalahan Berkaitan Solat ...


"SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya."

Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meniggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk... " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)."Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)