Showing posts with label ISU UMUM. Show all posts
Showing posts with label ISU UMUM. Show all posts

Mursi Menang Tokoh Paling “Afdhal” di Media Arab


Kaherah . Pelbagai survey yang dilakukan media Mesir maupun negara Arab memenangi Presiden Mursi sebagai Person of The Year 2013 . Misalnya survey yang dilakukan almasryalyoum.com , kelihatan Presiden Mursi menang secara telak .

Sokongan yang diberikan kepada beliau untuk menjadi tokoh tahun ini mencapai 90 % responden . Beliau mendapat 28.131 suara ( 90.6 % ) , sedangkan As - Sisi hanya mendapat 1387 suara ( 4.5 % ) . Adapaun Hamdain Shabbahi mendaatkan 1.7 % saja .


Kemenangan Presiden Mursi bahkan tidak hanya diraih pada media - media umum . Dalam survey yang dilakukan media penyokong rampasan kuasa pun , Presiden Mursi menang . Misalnya dalam laman alwafd.org , Presiden Mursi hingga kini mendapatkan sokongan 58263 suara , sedangkan As - Sisi dan Hamdain Shabbahi masing masing - masing 47155 suara dan 340 suara .


Demikian juga dalam media Arab non - Mesir . Misalnya survey yang dilakukan sebuah media Palestin , alwatanvoice.com , Presiden Mursi juga masih berada di urutan pertama yang memenangi sokongan terbanyak sebagai tokoh Arab paling " afdhal " untuk tahun 2013 . ( msa / dakwatuna / fj - p )Editor : Moh Sofwan Abbas

Ikhwan Kecam Peledakan Bom di Manshurah


Manshura . Beberapa pimpinan Ikhwanul Muslimin menyatakan mengecam aksi letupan di pejabat polis yang terjadi pada Selasa ( 24/12/2013 ) awal hari tadi . Letupan besar ini mengakibatkan kejatuhan 14 orang mangsa meninggal dunia , dan kira-kira 200 orang lain terluka .

Di antara pimpinan yang memberikan kenyataan adalah Dr . Yusri Hani . Beliau menyatakan , " Kejadian ini adalah sebuah aksi kejahatan yang tidak diredai dalam ajaran Islam . Kami sangat mengecam tindakan ini , dan menuntut agar segera dicari siapa yang terlibat di dalamnya . Letupan ini adalah perbuatan orang yang penakut .

Tidak ada seorang pun yang mencintai negara ini menyetujuinya . Kejadian ini menunjukkan adanya pihak - pihak yang melakukan khianat kepada Mesir , ingin Mesir masuk ke dalam keadaan perang , kemusnahan , dan kekerasan . Hanya kepada Allah swt . kita meminta agar Mesir dijaga dari kejahatan orang - orang yang khianat . "

Sementara itu , Dr . Saifuddin Abdul Fattah , guru besar ilmu politik Universiti Kaherah , menyatakan bahawa sangat aneh jika Ikhwanul Muslimin yang dituduh dalam aksi letupan bom ini . Kerana di dalam pejabat ini terdapat 50 orang tahanan demonstran Ikhwanul Muslimin . Tidak mungkin Ikhwan tega membunuh saudara - saudaranya sendiri . ( msa / dakwatuna / klmty )
Redaktur: Moh Sofwan Abbas
Unknown INFO, ISU UMUM, KELEBIHAN

Bahaya Membunyikan Sendi-Sendi Jemari..

kesan menyembunyikan jari, sendi, saraf, sebab, punca, robot, bahaya, salah, tua, tulang

Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari bila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher. Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana. Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.

Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan sendi di jarijuga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya. Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.

Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Saat anda menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar. Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun. Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam. Ketika tekanan menurun, muncullah gelembong (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat. Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.

Gelembong itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar. Kerana ruang sendi diisi oleh gelembong, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula. Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua.

Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang. Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka. Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.

Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.
sumber ... UstazCambodia

Koleksi Gambar Masjid Tercantik Di Dunia



10. Masjid Baitul Mukarram di Dhaka City, Bangladesh.
Masjid Negara Bangladesh. Ditemui pada 1960-an dan terletak di tengah-tengah bandar Bangladesh. Mampu memuatkan 30, 000 jemaah dalam satu masa. Walaupun masjid ini adalah antara 10 masjid yang terbesar di dunia, keluasannya masih tidak mampu untuk menampung jemaah yang sangat ramai di negara itu. Di sebabkan itu, Bangladesh memutuskan untuk menambah lagi keluasan masjid ini.


09. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan.
Masjid Faisal di Islamabad ini adalah masjid yang terbesar di selatan timur dan selatan Asia dan masjid yang ke-4 terbesar di dunia. Masjid ini memegang rekod masjid terbesar dunia pada 1986-1993 sebelum rekod masjid terbesar diambil alih oleh Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco dan selepas pembesaran Masjid Al-Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) di Madinah, Saudi Arabia pada tahun 1990-an.




08. Masjid Sultan, Singapura.
Masjid Sultan yang terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampong Glam Rochor daerah di Singapura ini masih dianggap salah satu masjid yang paling penting di Singapura. Masjid sultan pada dasarnya tidak berubah sejak ia dibina, hanya dengan penambahbaikan yang dibuat di dewan utama pada tahun 1960 dan lampiran ditambah pada tahun 1993. Ia ditetapkan sebagai monumen kebangsaan Singapura pada 14 Mac 1975.


07. Masjid Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia.
Masjid Baiturrahman adalah sebuah masjid yang terletak di pusat bandar Banda Aceh, Indonesia. Masjid ini merupakan masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid itu dibakar,dan Belanda membina semula sebuah masjid sebagai penggantinya. Masjid berkubah ini hanya dapat disiapkan pada 27 Disember, 1883. Masjid ini diperluaskan lagi dengan 3 kubah pada tahun 1935. Dan akhir sekali berkembang lagi kepada 5 kubah di 1959-1968. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling indah di Indonesia, mempunyai bentuk unik, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan rasa nyaman sekiranya berada di dalam bilik masjid.


06. Masjid Taj'ul, Bhopal, India.
Masjid Taj'ul, adalah sebuah masjid yang terletak di Bhopal, India. Ia juga antara masjid terbesar di Asia. Masjid ini juga digunakan sebagai madrasah (sekolah Islam) pada waktu petang.



05. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid diraja untuk Kesultanan Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu kota Kesultanan Brunei. Masjid ini diklasifikasikan sebagai salah satu masjid yang paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi tarikan utama kepada pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dianggap sebagai mercu tanda negara bagi penduduk Brunei.



04. Masjid Zahir di Kedah, Malaysia.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1912 dan dibiayai oleh Tunku Mahmud, anak Shah Sultan Tajuddin Mukarram. Masjid ini adalah makam pahlawan Kedah yang telah meninggal dunia semasa mempertahankan Kedah dari Siam pada tahun 1821. Seni bina dari masjid yang diilhamkan dari Masjid Azizi di bandar Langkat di utara Sumatera, Indonesia. Masjid ini diasaskan dengan lima kubah besar yang melambangkan lima prinsip utama Islam. 


03. Masjid Al Aqsa di Jerusalem, Israel/Palestine.
Masjid Al-Aqsa (bermaksud masjid paling jauh), juga dikenali sebagai Al-Aqsa, adalah makam Islam di Kota Lama Baitulmaqdis. Di masjid itu sendiri ada sebahagian daripada al-Haram ash-Sharif  (bersama dengan Dome of the Rock), sebuah laman yang juga dikenali Kuil Gunung sebagai tapak suci dalam agama Yahudi, kerana ia dipercayai menjadi Kaabah di Jerusalem pernah didirikan. Masjid ini dianggap sebagai tapak ketiga paling suci dalam Islam. Umat ​​Islam percaya bahawa Nabi Muhammad telah diangkat dari Masjidilharam di Mekah ke Masjid Al-Aqsa semasa perjalanan malam. Masjid ini dijadikan kiblat umat Islam selama tujuh bulan.



02. Masjid Al Nabawi di Medina, Saudi Arabia.
Masjid Al-Nabawi merupakan masjid kedua paling suci dalam Islam dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjid Al-Haram di Mekah. Salah satu tempat yang paling penting masjid ini adalah Kubah Hijau (pusat masjid), di mana makam Nabi Muhammad terletak. Tidak diketahui bila kubah hijau itu telah dibina tetapi manuskrip awal kurun ke-12 menjelaskan tentang kubah. Pemimpin awal Islam yang juga merupakan sahabat Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab juga telah dikebumikan di sekitar masjid ini.


01. Masjid Al Haram di Mekah, Saudi Arabia.
Masjid Al Haram merupakan masjid terbesar di dunia. Masjid yang terletak di kota Mekah, di sekitar Kaabah, di mana ia menjadi kiblat umat Islam. Masjid ini dianggap tempat paling suci di muka bumi. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terbesar. Struktur meliputi kawasan seluas 400.800 meter persegi (99.0 ekar), termasuk ruang solat terbuka dan tertutup dan boleh menampung sehingga 4 juta orang dalam tempoh Haji, salah satu ibadah terbesar tahunan Islam di dunia.

Kisah Makhluk Halus Tumpang Dalam Solat


Misteri Makhluk Halus Tumpang Solat | Berhadapan situasi takut, pelik, tergamam seperti terjumpa dengan makhluk halus mungkin menyebabkan kita menjadi lemah semangat. Perasaan ini juga yang sedang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.

Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.

Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.

“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.

“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.

“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kain batik lepas terbentang sendiri

Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.

Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.

“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.

“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.

“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.

Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.

Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

Mungkin makhluk halus tersebut adalah jin Islam yang mahu bersolat. Pernah juga terdengar satu nasihat, jika kita mahu tidur di masjid ataupun surau, jangan tidur di saf pertama kerana nanti ada jin Islam hendak bersolat. Bermungkinan kita akan diangkat untuk dialihkan. Wallahu’alam.

Sumber: Melayukini

Iklan Anti Merokok Terbaik Di Dunia

Ini merupakan antara iklan anti merokok yang dihasilkan di negara Thailand, dikatakan video ini telah mendapat pujian dari orang ramai dah ada juga yang menyebut bahawa ini adalah iklan anti merokok terbaik di dunia.

Iklan ini mengisahkan, pada mulanya terdapat beberapa orang dewasa yang merokok dengan penuh kenikmatan di tempat awam. Mereka tidak sedar yang gambarnya telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi.

Tiba-tiba datang seorang budak kecil yang mahu meminjam mancis atas lighter kerana mahu merokok juga.. jadi apa agaknya reaksi perokok dewasa tersebut? Mari lihat videonya di bawah.


Dah tengok?haa, nampak kan?setelah perokok dewasa itu membaca kertas yang diberi budak itu, rata-rata semua perokok itu seperti terdiam, terkejut, raut wajah mereka juga berbeza bukan? dan ada juga yang menggaru kepala dan memasukkan kertas itu ke dalam poket seluar.

P/s: Memang satu iklan yang sarat dengan mesej yang jelas, memang patut diberikan pujian terutama kepada Yayasan Promosi Kesihatan Thailand atas iklan ini.



Sumber: Nizarazu

Antara Adab Seorang Muslim Sesama Muslim

Tafsir Surah An-Nisa' ayat 86 - Adab seorang Muslim

Allah mengajar orang-orang yang beriman dengan suatu adab yang baik iaitulah adab pergaulan sesama mereka dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa': 86)

Pendapat yang lebih kuat - yang dimaksudkan dengan hormat di sini ialah memberi salam walaupun ada ulama yang menjelaskan bahawa termasuk dalam ayat ini Tasymitul 'Atisy (berzikir ketika seseorang bersin) dan membalas orang yang 'Musyamit'. Ertinya apabila seseorang itu bersin, dia berkata 'al-hamdulillah' dan yang berada di sisinya menjawab 'Yarhamukallah'. Ini adalah diantara perkara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. tetapi yang lebih kuat dimaksudkan ayat ini ialah memberi salam.

Menjadi ijma' di kalangan para ulama bahawa memulakan salam itu disunatkan dan sangat digalakkan manakala menjawab salam diwajibkan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberi hormat dengan suatu penghormatan (salam) maka kamu hendaklah menghormatinya (menjawab salam itu)." (Surah an-Nisa': 86)

Ulama' berkhilaf dalam masalah sama ada menjawab salam itu wajib kifayah atau fadhu ain. Di sisi Imam Malik dan Imam Syafie, menjawab salam itu menjadi fardhu kifayah (wajib secara umum). Sekiranya ada orang yang menjawab salam di kalangan kumpulan yang ramai maka lepaslah tanggungjawab yang lain (yang tidak menjawab salam di kalangan mereka).
Unknown ISU UMUM, Nasihat

Hukum Isteri Meminta Cerai Daripada Suami

Dalam menjalani bahtera rumah tangga, pasangan suami isteri sudah semestinya tidak boleh lari dari perselisihan faham. Namun perselisihan itu kadangkala menyebabkan si isteri pula meminta diceraikan.

Suami boleh menceraikan isteri, namun isteri tidak boleh menceraikan suami sebaliknya isteri boleh meminta cerai. Namun apakah hukum tersebut? Ikuti ulasan di bawah ini.

Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu. Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis berikut:
Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] 
Namun hadis berikut lebih terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh Islam:
Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2226]
Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi, merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai qawwamun ke atas isterinya.

Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi dan berkata:
“Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam Islam.”
Rasulullah bertanya:
 “Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?” Isteri Tsabit menjawab: “Ya.”
Rasulullah bersabda (kepada Tsabit):
 “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273]
Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:

Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay.
Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497]
Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau munasabah.

Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya.

Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.


Ulasan Admin :  Suami isteri perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga bahtera rumah tangga. Penceraian itu tidak diharamkan, akan tetapi Allah SWT tidak menyukai jika suami dan isteri bercerai berpisah. Pada ketika itulah syaitan suka kerana mereka berjaya memisahkan suatu perkara yang halal bagi kita.