SUNGAI PETANI: Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.
Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.
Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.
Harian Metro
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ARTIKEL PANAS /
BERITA
dengan judul Ubat Perangsang Bawa Maut. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/08/ubat-perangsang-bawa-maut.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Ubat Perangsang Bawa Maut"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.