Punca Masalah Mudah Terpancut
SOALAN
SOALAN
SAYA berkahwin lapan bulan lalu dan yang menjadi masalah ialah apabila saya ‘terpancut’ tanpa zakar ereksi ketika berfantasi seks. Saya tidak pernah mengalami keadaan begini dan saya bimbang saraf seks saya mengalami masalah.
INSAN MERANA
Kuala Lumpur
JAWAPAN
Ereksi dan ejakulasi adalah berbeza, jadi boleh berlaku ereksi tanpa ejakulasi dan juga ejakulasi tanpa ereksi. Ejakulasi berlaku apabila anda mencapai kemuncak rangsangan syahwat.
Rangsangan mental melalui fantasi tanpa berlaku ereksi boleh menyebabkan ejakulasi! Jadi tidak hairan jika lelaki boleh berejakulasi walaupun ereksi tidak berlaku kerana dia boleh berimaginasi dan berfantasi secara sendiri dan tanpa merangsang anggota kelaminnya.
Perkara ejakulasi tanpa ereksi yang mencukupi berlaku kepada anda kerana dilamun fantasi seksual yang sangat menggelorakan syahwat anda.
Fenomena ini boleh berlaku bila-bila masa dan ia bukan masalah atau penyakit. Lelaki boleh mencapai klimaks tanpa ereksi dan ereksi boleh berlaku dan tidak akan berakhir dengan klimaks jika rangsangan seksual tidak dilakukan.
Apabila anda sedar dua perkara itu adalah keadaan berasingan dan tiada kaitan antara satu dengan lain, anda tidak akan anggap ia sebagai penyakit atau masalah. Anda boleh tentukan mencapai ereksi mencukupi apabila berasa teruja seksual ketika berdampingan dengan pasangan.
Dalam keadaan itu anda boleh salurkan ereksi dalam farajnya dan lakukan dayungan secara terkawal, mengikut kemampuan dan daya tahanan anda untuk mengekalkan ereksi dan mengelak ejakulasi cepat.
Semua aktiviti ini memerlukan latihan dan jika perkara yang anda buat itu lancar, hubungan seksual dengan pasangan menjadi lebih seronok dan mengikut kehendak anda berdua.
Memang pada peringkat awal hubungan seksual, pelbagai perkara boleh berlaku seperti ejakulasi tanpa ereksi dan ejakulasi dengan rangsangan mental saja (melalui fantasi seksual).
Apabila keadaan interaksi seksual antara anda dan pasangan mula stabil dan mantap, perkara seperti yang anda alami tidak akan berlaku.
Perkara ejakulasi tanpa ereksi yang mencukupi boleh berlaku dalam umur lanjut, apabila lelaki itu tidak dapat mencapai ereksi mencukupi dan cuba merangsang syahwatnya ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan.
Ereksi tiada, sentuhan anda dan perasaan syahwat bergelora, maka ejakulasi berlaku tanpa ereksi! Malah, mengurut zakar yang layu dengan penuh perasaan syahwat oleh pasangan boleh juga mencetuskan ejakulasi.Islamitusuci
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori INFO
dengan judul Punca Masalah Mudah Terpancut? . Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/08/punca-masalah-mudah-terpancut.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Punca Masalah Mudah Terpancut? "
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.