Oleh UstazYahya Al-Amin Al-hafiz ( UstazCambodia )
Selepas kejatuhan Rajim Polpot tahun 1979 Rakyat kemboja hanya tinggal sehalai kain saja, mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka sampai ke hari ini dengan sedaya upayanya, tapi walaubagaimana pun FAKTA kehidupan umat islam di kemboja seperti saya terangkan di bawah:
sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup dalam keadaan
sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup dalam keadaan
miskin dengan purata pendapatan harian antara RM5-RM10, Mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.
Keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah ke Malaysia dan beberapa negara lain.
Keadaan semakin menghimpit apabila barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi.
Bayangkan harga minyak petrol di Kemboja pada hari ini adalah 5,300 rial (RM5) seliter, minyak masak 8,000 rial (RM8) sekilogram, susu pekat kecil 3,000 rial (RM3) setin ayam kampung 18,000 (RM16)sekilogram, ayam daging 13,000 (10) sekilogram, dan ikan 10,000 rial (RM10) sekilogram.
ITULAH HAKIKATNYA KEHIDUPAN UMAT ISLAM DI KEMBOJA
Tentang Makanan Daging? keadaan mereka di Sana lagi menyedihkan, umat islam di sana sangat kurang daging,
Kebanyakan Mereka Tak Dapat Makan Daging,Kerana Daging Disana Amat Mahal, Sekilo Rm26 Mata Wang Disana Sama Dengan 29ribu Rial, 29 Ribu Rial Itu Bagi Orang Kemboja Nilainya Sangat Tinggi, Kadang-Kadang Sebahgian Mereka Tak Dapat Cari 29ribu Riel Itu Dalam Masa Sebulan,
oleh itu mereka hanya akan dapat makan / merasai daging itu di musim qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban disana.
mereka selalu mengharapkan ehsan dari orang malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari malaysia mereka akan bertanya tentang korban, termasuk saya sendiri.
sebab orang malaysia di kenal memang baik hati dan banyak bersedakah, kebanyakan bantuan-bantuan seperti pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain memang datang dari malaysia termasuklah korban / aqiqah.
oleh itu saya sangat berharap bahawa kita teruskan amalan yang baik ini sampai bila-bila selagimana kita mampu untuk melakukan nya.
saya bagi pehak orang kemboja mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang telah melaksanakan ibadah korban ke kemboja, melalui saya / melalui ustaz-ustaz lain, moga-moga di murahkan rezaki dan di panjangkan umur oleh allah swt.
Bantulah mereka, Mereka Saudara kita, Mereka Sentiasa Mengharapkan Ehsan Dari kita...
Nabi Muhamad SAW Bersabda Maksudnya:
Perumpamaan Orang Mukmin Tentang Kasih Sayang Sesama Mereka Adalah Ibarat Satu Tubuh, Apabila Salah Satu Anggota Sakit, Maka akan terasalah Seluruh Tubuhnya. Hadis...
Allah SWT telah berfirman:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِdan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
OLEH ITU SAYA SANGAT BERHARAP KITA SEMUA TOLONG WAR-WARKAN, PALING TIDAK PUN TOLONGLAH SHARE KAN PADA FACEBOOK KITA / PADA KAWAN KITA, DENGAN ITU KITA SAMA-SAMA AKAN MENDAPAT PAHALA DISISI ALLAH s.w.t..
Ikhlas: Sumber : UstazCambodia
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori KORBAN AKIKAH /
tahukah anda
dengan judul Fakta benar: Kehidupan Umat islam Di Kemboja.. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/08/fakta-benar-kehidupan-umat-islam-di.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Fakta benar: Kehidupan Umat islam Di Kemboja."
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.