Awas: Ada bahan kimia berbahaya dalam alat Solek


London: Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi amaran.

Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak.
Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia.

Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana manusia akan terdedah.

Bukti kukuh

Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka untuk menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses secara kimia dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan.

Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan.
Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan kepada kedua-dua kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai kajian itu.

Fungsi jantung menurun

Beliau berkata, bagi seseorang yang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan, namun jika mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar.

Pasukan berkenaan menyuntik sekumpulan tikus dengan triclosan. Mereka melihat satu pengura-ngan yang ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit. - Agensi
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori INFO / Nasihat / tahukah anda dengan judul Awas: Ada bahan kimia berbahaya dalam alat Solek. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/08/awas-ada-bahan-kimia-berbahaya-dalam.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Awas: Ada bahan kimia berbahaya dalam alat Solek"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.