JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan dua lelaki bagi membantu siasatan terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah Sultan Johor.
Timbalan  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak  berkata, kedua-dua lelaki berumur 23 dan 24 tahun diercayai rakan Syed  Abdullah ditahan pada jam 9.30 malam tadi, Jalan Pantai Kundor, Tanjung  Kling Melaka.
“Mereka  ditahan sepasukan polis diketuai Asisten Superintendan, Wong Chee Mean  dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan turut merampas  beberapa peralatan komputer. Mereka direman bermula semalam hingga Sabtu  ini," katanya.
Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kini ditahan reman bersama seorang wanita berumur 26 tahun sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Kedua-dua mereka ditahan di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada pukul 9.45 malam, Rabu lepas. sinarharian
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA /
ISU UMUM /
JENAYAH
 dengan judul Kes Uncle Seekers 2 Lagi Ditahan. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/07/kes-uncle-seekers-2-lagi-ditahan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: 
Unknown - 
 
.jpg)


Belum ada komentar untuk "Kes Uncle Seekers 2 Lagi Ditahan"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.