Tahukah Seramai 5,983 Pegawai Awam Disiasat Kes Rasuah..?


KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bagi tempoh 2005 hingga 2011, sejumlah 5,983 pegawai awam sudah disiasat berhubung kes rasuah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu, 816 telah dituduh di mahkamah, 324 disabit kesalahan, manaka 69 dilepas tanpa dibebas dan 298 didapati tidak bersalah.

Sebanyak 20 kes ditarik balik manakala 105 kes lagi masih dalam proses perbicaraan atau rayuan, katanya menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mengenai jumlah pegawai awam yang disiasat dan keputusannya di sini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki akaun bernilai RM3 bilion, Liew berkata SPRM tidak pilih kasih dalam menyiasat perkara berkaitan rasuah.

“Kalau perlu, akan dituduh. Tetapi yang penting mesti ada bukti yang mencukupi supaya tidak buang masa. SPRM boleh siasat kalau ada aduan, bahan bukti dan isu-isu yang mereka rasa perlu disiasat.

“Bagi kes melibatkan pegawai awam, kadang-kadang hanya melibatkan pelanggaran peraturan dan hanya perlu diambil tindakan tatatertib. Semua pihak kena faham yang SPRM perlu ada bukti kukuh untuk tuduh orang di mahkamah,” katanya. – BERNAMA
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA / EKONOMI / JENAYAH dengan judul Tahukah Seramai 5,983 Pegawai Awam Disiasat Kes Rasuah..?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/tahukah-seramai-5983-pegawai-awam.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Tahukah Seramai 5,983 Pegawai Awam Disiasat Kes Rasuah..?"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.