Alhamdulillah...segala puji selayaknya bagi pemilik alam semesta ini. Ucapan syukur juga kepada Allah kerana masih memberikan kesempatan waktu untuk turut serta di dalam halaqah bersama ulama yang mana disebut baginda Nabi ﷺ salah satu daripada taman-taman syurga.
Sudah 2 hari Majlis Tafaqquh Fiddin yang dikendalikan oleh Syaikhuna Murabbi Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki hafizahullah berlangsung. Saban tahun beliau berulang-alik (2 kali dalam setahun) dari Bogor, Indonesia ke Kaherah semata-mata untuk mencurahkan mutiara ilmu. Betapa besarnya pengorbanan yang beliau curahkan kepada kita. Semoga Allah mengganjari beliau dengan sebaik-baik ganjaran. Teringat bagaimana kisah para sahabat baginda Nabi,dan generasi ulama salaf dalam menuntut ilmu. Saidina Jabir ibn Abdullah radhiyallah ‘anhu bermusafir ke Syam bertemu Saidina Abdullah ibn Unais radhiyallah ‘anhu semata-mata untuk bertanyakan satu hadis. Allahu Allah sungguh besar himmah dan pengorbanan mereka. Tetapi keadaan sekarang seolah-olah sudah terbalik, Sang Murabbi sanggup datang jauh beribu batu untuk menyampaikan mutiara hadis. Manakala para santri cukup hanya bergerak sekadar beberapa minit menuju ke tempat pengajian. Jika ada yang masih tidak mampu meluangkan masa hanya 2-3 jam sehari untuk bersila menghadap Sang Murabbi, entahlah apa yang hendak dicakapkan lagi. Mungkin menunggu Allah mencampakkan hidayahNya. Al-Imam Syafie radhiyallah 'anhu di dalam salah satu bait syairnya menyuruh supaya takbir 4 kali (isyarat untuk solat jenazah) kepada mereka yang malas menuntut ilmu.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk duduk dalam halaqah pada hari yang pertama. Syaikhuna begitu bersemangat dalam menyampaikan ilmu sama keadaan beliau sewaktu al-faqir mula mengenali beliau lebih kurang 12 tahun yang lalu. Namun pada hari kedua tidak dapat mengikuti pengajian dari awal, hanya sempat mengikuti pada pertengahan majlis kerana ada pengajian lain di Madhyafah Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi. Oleh kerana ruang dewan sudah penuh, maka terpaksalah untuk naik ke atas yang mana disediakan televisyen. Mujurlah disediakan TV, jika tidak kurang puas bertafaqquh kerana tidak dapat menatap wajah sang murabbi. Jazakumullah kepada krew Al-Muttaqin TV.
Apa yang dikesali ialah kurangnya adab sebahagian para penuntut ilmu. Jika di dewan, tidak berani untuk berbuat sesuka hati kerana menghadap Syeikh secara langsung, itupun ada yang tertidur sehingga ditegur Syeikh. Beliau memang tegas dalam adab menuntut ilmu. Namun keadaan tidak sama di atas. Ada yang menyandar, melunjurkan kaki, bermain handphone, bersembang dan tidur. Bagaimana pula yang menonton secara langsung di internet?(mungkin tidak semua). Geram dan terkilan melihat keadaan tersebut. Masalahnya bukan tidak dilihat oleh Syeikh, kita boleh buat apa sahaja dalam majlis ilmu. Isunya ialah tidak menghormati kalamullah dan kalam baginda Nabi ﷺ itu sendiri. Para ulama al-Azhar sering berpesan untuk menghormati hadis yang sedang diriwayatkan seolah-olah hadis tersebut disampaikan sendiri oleh Nabi ﷺ di hadapan kita. Sebagai contoh para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ‘ajma’in ketika mana duduk berhadapan dengan Nabi ﷺ semasa baginda menyampaikan tazkirah, mereka langsung tidak bergerak seolah-olah burung yang hinggap di kepala mereka pun tidak akan terbang semula. Syeikh Abdul Salam Habus rahimahullah, seorang ulama’ qiraat kelahiran Mesir dan meninggal dunia 2 tahun lalu di Kuwait, ketika mana beliau dibacakan al-quran, lantas bangun dari pembaringannya sedangkan beliau dalam keadaan sakit dan disuruh semula untuk baring namun beliau menjawab adakah layak kalam Allah dibacakan sedangkan aku berbaring tidak menghormatinya.
Syeikh Abdul Salam Habus rahimahullah..pernah bermimpi bertemu dan mengucup kepala baginda nabi ﷺ
Syaikhuna Muhammad Nuruddin akramahullah merupakan antara murabbi pertama al-faqir selepas ayahanda dan bonda dalam mendidik adab di dalam majlis ilmu. Masih segar di ingatan ketika kami bertafaqquh dengan syaikhuna 10 tahun yang lalu di Ma’had Tahfiz ‘Amal Aimi yang berdekatan dengan sekolah waktu itu. Seorang senior yang duduk di hadapan al-faqir dimarahi oleh Syeikh Nuruddin hanya kerana bertanya kepada kawannya apa yang beliau terlepas dengar dari syeikh. Memang takut waktu itu. Satu lagi yang menjadi kepantangan syeikh ialah anak murid melihat jam semasa pengajian. Boleh jadi syeikh akan menghentikan pengajian serta-merta. Begitulah ketegasan beliau mendidik kami dalam menghormati majlis ilmu. Memori bertafaqquh waktu itu menjadi nostalgia yang tidak akan dilupakan.
Keberkatan di dalam menuntut ilmu ialah dengan menjaga adab yang selayaknya dengan para guru kita selain memberikan khidmat kepada mereka. Mungkin kita tidak nampak keberkatan dalam tempoh yang singkat, kemungkinan di masa hadapan kita akan merasainya. Allah jualah yang akan memberinya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sama-samalah kita menjaga adab sebagai seorang penuntut ilmu walau di mana jua sekalipun dalam mencari redho Ilahi.
p/s: Jangan hanya bertafaqquh secara bermusim, tetapi jadikan ianya secara berterusan. Alangkah ruginya jika datang ke tempat yang dianggap sebagai kiblat ilmu yang penuh barakah tetapi dibuat sambil lewa membuang masa yang tidak sepatutnya bagi seorang penuntut ilmu.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Nasihat
dengan judul Syarat Mendapat Keberkatan Ilmu :ialah Jaga Adab!. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/syarat-mendapat-keberkatan-ilmu-ialah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Syarat Mendapat Keberkatan Ilmu :ialah Jaga Adab!"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.