 Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)
Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)Terdapat lebih 25 tempat ayat  "agama" yang merujuk kepada makna  perintah mendirikan solat di dalam  Al-Quran. Selain itu, lebih 70 kali  perkataan "as-solah" atau solat  diulang dan disebut dalam Al-Quran.
Antaranya, firman yang bermaksud: 
"Kemudian  apabila kamu telah selesai mengerjakan  solat, maka hendaklah kamu  menyebut dan mengingati Allah semasa kamu  berdiri atau duduk, dan  semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu  telah berasa tenteram  (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat  itu (dengan sempurna  sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah  satu ketetapan yang  diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang  tertentu waktunya. "  (An-Nisa':103) 
Setiap individu Muslimin dan  Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah,  bagi ketua keluarga seharusnya  memerintahkan ahli keluarganya melakukan  solat. Ibu bapa pula wajib  mengajar dan membimbing anak melakukan  ibadat itu, seawal usia tujuh  tahun.
Ibadat solat adalah suatu  perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya.  Banyak kelebihan, keberkatan  dan rahsia yang terkandung di dalam solat,  malah mengiringi mereka yang  mengerjakannya.
Solat akan  menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan  menghampirkan diri  dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang  itu sentiasa  berhubungan dengan Tuhannya.
"  Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan  aku, oleh itu,  sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk  mengingati daku."  (Toha:14)
Solat adalah tanda kesyukuran.
Muslimin  atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu  bersyukur  sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat  tidak  terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.
Ibadat solat menghapuskan dosa.
Manusia  tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali  sehari  dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis   bermaksud: 
"Dari  Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah  s.a.w bersabda: Solat lima  waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat  berikutnya adalah penebus dosa  antara jarak waktu solat-solat itu,  selama dijauhinya dosa-dosa besar."  (Hadis riwayat Muslim)
Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Ibadat  solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala  rukunnya  boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan  kemungkaran.
"Sesungguhnya  solat itu mencegah daripada perbuatan  yang keji dan mungkar, dan  sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih  besar (faedahnya dan  kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa  yang kamu  kerjakan." (Al-Ankabut:45)
Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup.
Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!
"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Al-Mukminun: 1-2)
Solat dapat menenteramkan jiwa.
Orang  yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya  aman  damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan   kehidupannya lebih ceria.
Seorang  yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti  betapa  besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan  dan  rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.
"Sesungguhnya  manusia itu dijadikan (bersifat)  mengeluh apabila kesusahan menimpa dia  dan kikir apabila keuntungan  mengenai dia, kecuali orang-orang yang  solat, yang berkekalan atas solat  mereka." (Al-Ma'arij:19-23)
Rasulullah  s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat  kerana  solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini   sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun   mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat   itu tertarik untuk turut sama melakukannya.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Nasihat
 dengan judul Solat 5 waktu: Apakah Hikmah Nya??. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/solat-5-waktu-apakah-hikmah-nya.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: 
Unknown - 
 


Belum ada komentar untuk "Solat 5 waktu: Apakah Hikmah Nya??"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.