Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,
“Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu,
“Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,
“Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
“Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu,
“Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.“Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,
“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
6 seksa di dunia
1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memanyahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya
3 seksa hadapi maut
1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina
3 seksa di dalam kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat
3 seksa dipadang mahsyar
1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang
4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras
Dosa meninggalkan solat subuh
- Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia
Dosa meninggalkan solat zohor
- Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam
Dosa meninggalkan solat asar
- Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)
Dosa meninggalkan solat maghrib
- Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri
Dosa meninggalkan solat isyak
- Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERDOSA /
KISAH TELADAN /
Nasihat /
tahukah anda
dengan judul Seksaan Mereka Yang Meninggal solat... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/seksaan-mereka-yang-meninggal-solat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Seksaan Mereka Yang Meninggal solat.."
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.