Facebook merupakan laman sosial yang semakin mendapat tempat di  kalangan masyarakat Malaysia. Fenomena Facebook telah membawa kepada  pelbagai kebaikan dan keburukan kepada penggunanya. Jika digunakan untuk  membuat kerja yang berfaedah adalah amat-amat dialukan. Tetapi ada juga  yang mengambil kesempatan di atas kemudahan teknologi terkini dengan  membuat kerja-kerja yang tidak bermoral.
Saya sediakan 10 tips melayari Facebook dengan selamat bagi anda  berfikir tentang bahayanya Facebook jika tidak digunakan dengan cara  yang betul.
1. Fikir dulu mengenai siapa yang anda nak add ataupun approved  kerana anda mungkin akan mendedahkan identiti kepada orang yang tidak  dikenali.
2. Check privacy settings. Facebook menyediakan setting untuk anda  privatekan sesuatu yang anda tak mahu orang lain tahu mengenai anda.
3. Kenapa anda create akaun Facebook? Hanya untuk share photos? Share  links dan update mengenai aktiviti yang anda lakukan? Kalau begitu  limitkan information mengenai diri anda.
4. Sentiasa ubah password. Seboleh-bolehnya jangan gunakan password  yang sama untuk semua akaun contohnya emel, maybank2u dan lain-lain.
5. Bila anda sign in di komputer yang berbeza, pastikan anda sign out  dengan sepenuhnya. Jangan sesekali tick pada “remember me”.
6. Berhati-hati dengan apa yang anda post. Sekali anda update status  dan komen, sesiapa saja boleh melihat apa yang anda tulis. Adakah anda  ingin orang lain tahu tiada sesiapa di rumah anda kerana anda pergi  bercuti ataupun anda sedang keseorangan di rumah?. Ingat!!Gerak geri  anda sedang di perhatikan.
7. Berhati-hati dengan serangan phishing. Anda mungkin akan terpedaya  dengan halaman palsu yang seakan-akan halaman sebenar. Akaun facebook,  myspace dan maybank2u tak terlepas dari ditiru oleh pihak yang tak  bertanggungjawab.
8. Ambil tindakan dengan segera. Jika kawan anda telah terima status  update, message dan sebagainya walaupun anda tidak menggunakannya,  cepat-cepat tukarkan password. Jika anda tak boleh log on akaun facebook  anda, pergi ke bahagian Help link di bahagian bawah facebook page dan  klik pada “security” untuk maklumkan kepada Facebook.
9. Jangan sesekali klik pada link yang anda tak tahu dari mana  datangnya link tersebut. Contohnya seseorang yang tidak anda kenali  telah send link pada status dan message anda, elakkan dari klik link  tersebut jika anda ragu-ragu.
10. Gunakan facebook untuk kerja-kerja yang bermoral dan berguna  untuk anda contohnya meluangkan masa untuk berkongsi pendapat dan  menambah kenalan. Elakkan dari membuat kerja yang tidak sepatutnya  seperti menyebarkan virus, menceroboh privacy orang lain dan sebagainya.
Diharap tips ini sedikit sebanyak memberikan informasi kepada anda  semua tentang bahayanya rangkaian sosial jika tidak di uruskan dengan  sebaiknya.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Nasihat
 dengan judul Cara Untuk Bermain Facebook Dengan Selamat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/cara-untuk-bermain-facebook-dengan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: 
Unknown - 
 


Belum ada komentar untuk "Cara Untuk Bermain Facebook Dengan Selamat"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.