Jawapan Tentang Isu Murtad @ Tukar Agama


Salam ustaz saya nak tanya satu persolan yg ditanyakan oleh pensyarah saya iaitu, mengapa orang bukan Islam boleh menukar agama dan memasuki agama Islam tapi orang Islam tidak boleh menukar ke agama lain. saya harap ustaz boleh bantu saya menyelesaikan masalah ini..terima kasih.

Jawapan

Satu soalan yang bagus dan jarang ditanyakan orang. Islam adalah satu agama yang mengandungi berbagai rukun, undang-undang yang perlu diterima oleh orang yang memeluk agama Islam. Jika orang tersebut ingkar dengan undang-undang agama Islam, maka Allah akan memberikan kepadanya balasan buruk iaitu dosa dan azab neraka. Undang-undang yang dimaksudkan di sini ialah seperti hukum-hukum syarak yang terkandung di dalam Islam perlu dipatuhi oleh semua umat Islam. Setiap umat Islam terlah melafazkan ikrar dengan kalimah penyaksian (syahadah) sebagai bukti akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang terdapat di dalam agama Islam. Firman Allah swt yang bermaksud :

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” (Al-Maidah : 3)

Ibarat yang saya boleh datangkan di sini ialah seperti seorang pelancung masuk ke dalam sebuah negara, di situ dia perlu mematuhi segala hukum dan peraturan yang terdapat di dalam negara tersebut, dia juga tidak boleh keluar dari negara tersebut sesuka hati dan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu seperti cop keluar dipasportnya.

Pengajaran yang boleh diambil cari perumpamaan di atas ini, apabila seseorang tersebut memeluk agama Islam perlu mematuhi segala undang-undang dan dia tidak sama sekali dibenarkan menukar agama dan itu telah termaktub dalam hukum syarak. Bila dia keluar dari Islam, dia akan dikenakan tindakan undang-undang seperti yang digariskan oleh agama Islam.

Masalah orang agama lain masuk Islam, itu tidak menjadi paksaan, kerana Islam tidak memaksa mana-mana umat agama lain memeluk Islam. Terpulang kepadanya, kalau dia ingin memeluk agama Islam dengan ikhlas dan hati yang terbuka, maka Islam menerimanya sebagai saudara baru. Firman Allah yang bermaksud :

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak  akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah : 256)

Jika dibandingkan agama Islam dengan agama lain, Islam lebih mudah dan bersifat fitrah dan sesuai kepada semua umat manusia untuk mengamalkannya. Tidak menjadi kepayahan dan kesulitan bagi sesiapa yang ingin bersama dengan Islam. Segala amalan yang dibuat dalam Islam ada kebaikkannya pada manusia seperti kesihatan tubuh badan, hubungan sesama manusia, hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan Allah. Semua amalan ini juga telah dibuktikan oleh sains.ustaznoramin
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori AQIDAH dengan judul Jawapan Tentang Isu Murtad @ Tukar Agama. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/05/jawapan-tentang-isu-murtad-tukar-agama.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Jawapan Tentang Isu Murtad @ Tukar Agama"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.