Nama-nama dalam Ilmu Tauhid

 



Ilmu Usuluddin


Ilmu ini membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara-perkara pokok dalam Islam, seperti beriman kepada Allah, beriman kepada rasul dan lain-lain. Perkataan usul bermaksud tunjang atau asas, manakala perkataan ad’din bermaksud agama yang merangkumi semua aspek hidup dunia dan akhirat.


Ilmu Akidah


Ilmu ini membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan akidah (kepercayaan) di dalam hati. Perkataan akidah bermaksud kepercayaan yang bersimpul atau yang terikat di dalam hati.


Ilmu Kalam


Ilmu ini membahaskan pada peringkat permulaan Islam dahulu, ilmu ini dibicarakan melalui perdebatan atau bertikam lidah terutama masalah kalam Allah adakah baharu atau qadim. Perkataan kalam bermaksud perkataan atau percakapan.


Ilmu Makrifah


Ilmu ini berkaitan dengan mengenal Allah dan rasul-rasulnya yang mana tiap-tiap orang Islam diperingkat awalnya wajib mengenal Allah dan rasulnya. Perkataan makrifah bermaksud mengenal atau mengetahui, ia menjadi asas agama sebagaimana yang dikatakan “Awal-awal agama adalah mengenal Allah”.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori AQIDAH dengan judul Nama-nama dalam Ilmu Tauhid. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/04/nama-nama-dalam-ilmu-tauhid.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Nama-nama dalam Ilmu Tauhid"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.