Nik Aziz Nabi?

BANYAK Pihak Mengambil Peluang Untuk Menghentam Dan Menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Berikutan Tindakan Seorang Penceramah Muda PAS, Ustaz Shamsul Zaman (Ustaz Budak)  Disini Yang Menyamakan TG Nik Aziz Dengan Para Nabi.  Bagaimana Mereka Melihat TG Nik Aziz Terlibat Pun Penulis Kurang Pasti Kerana Jelas Itu Adalah Pandangan Penceramah Tersebut Ke Atas TG Nik Aziz, Bukan Diakuinya Sendiri.
Tapi Dipandang Dari Sudut Lain Yang Tidak Jauh Bertentangan Pula, Apa Pula Masalah Menggelar TG Nik Aziz Sebagai Nabi?
Sebelum Pembaca Membuat Andaian Yang Bukan-Bukan Seperti Menuduh Penulis Kafir, Sila Maklumkan Perbandingan Ini – Adakah Satu Yang Pelik Apabila Sesama Umat Islam Di Malaysia Ini Menyamakan Perlakuan Yang Baik-Baik Dengan Akhlak Nabi?
Contoh, Dalam Soal Berkahwin Lebih Daripada Satu, Majoriti Daripada Yang Terlibat Bila  Ditanya Akan Menjadikan Sunnah Nabi Tersebut Sebagai Panduan, Tapi Adakah Dengan Berkata Demikian Individu Tersebut Mengaku Dirinya Sebagai Nabi?
Sudah Tentu Tidak.
Pemikiran Inilah Yang Tidak Dapat Dilihat Kebanyakkan ‘Pengulas’ Segera Yang Memandang Isu Ini Dari Sudut Politik Kepartian Semata-Mata. Memang Ungkapan Tersebut Diucap Di Atas Pentas Ceramah PAS,  Tapi Perlu Diingat PAS Lebih Daripada Politik, PAS Adalah Juga Membawa Mesej Dakwah Yang Kukuh Pendirian Dan Asas Islamnya.
Penulis Memandang Situasi Ini Begini, TG Nik Aziz Seorang Ulamak (Pewaris Nabi) Terbilang Yang Mempunyai Banyak Sifat-Sifat Mulia Yang Jarang Ada Pada Kebanyakkan Manusia Pada Hari Ini, Walaupun Dikalangan Para Ulamak Lain Di Dalam PAS.  Melebihi Segala Yang Lain, TG Nik Aziz Juga Adalah Seorang Pemimpin Kerajaan Berkaliber Dalam Masa Yang Sama.
Pengaruh Dan Aura Nik Aziz Diketahui Mampu Memempengaruhi Pemikiran Orang Yang Duduk Beratus Ratus Kalau Tidak Beribu Ribu Kilometer Daripada Kelantan Sekalipun, Apatah Lagi Untuk ‘Ustaz Budak’ Yang Memang Diketahui Berasal Dari Kelantan Di Mana TG Nik Aziz Mengadakan Kuliah Agamanya Setiap Jumaat Di Kota Bharu Sejak 21 Tahun Yang Lepas!!
Gabungan Semua Ini, Ditambah Faktor Bahasa Kelantan Yang ‘Dalam’, Penulis Tidak Melihat Sebarang Salah Untuk Seorang Yang Begitu Terpelajar Dalam Bidang Usuludin Seperti ‘Ustaz Budak’ Menafsirkan Kemuliaan Nik Aziz Sama Seperti Nabi.  Yang Dibandingkan Ialah Kemuliaan Itu Bukan Batang Tubuh Seperti Mana Yang Didakwa Banyak Pihak.
Budak Sekolah Pun Tahu Bahawa Nabi Muhammad Saw Adalah Nabi Dan Rasul Terakhir, Jadi Sangat Mustahil Untuk Individu Terpelajar Seperti ‘Ustaz Budak’ Ini (Yang Turut Berasal Dari Keturunan Ulama) Tidak Maklum Akan Perkara Tersebut. dipetik dari http://mynewshub.my/
 ........................................................
Ulasan:
1 ) Kesalahan Yang Pertama Ialah Penulis Ini Memandangkan Ustaz Budak Sebagai Ustaz Terpelajar, Mungkin Penulis Ini Tidak Faham Apa Maksud Terpelajar??
 2 ) Kesalahan Yang Kedua Ialah, Memang Tak Boleh Samakan Manusia Dengan Para Nabi, Darisegi Tubuh Badan Ke, Dan Lagi Tak Boleh Kalau Samakan Dengan Nabi Itu Tentang Kemulian.
3 ) Kesalahan Ketiga Ialah, Sekiranya Kita Ingin Memberi Ceramah / Tazkirah Maka Berilah Ceramah Dan Tazkirah Berdasarkan Ilmu, Bukan Berdasarkan Ketaksuban Kita Pada Seseorang,
Saya (Yahya Al-Hafiz) Memang Kagum Dengan Tuan Guru Nik Aziz, Beliu Memang Seorang Ulama, Dan Saya Juga Bukan Ahli Politik Dimana-Mana Parti, Kerana Saya Bukan Orang Malaysia, Tapi Suka Sekali Untuk Mengulaskan Isu Ini, Moga-Moga Dapat Memberi Faham Kepada Sesetengah Orang ( Itulah Niat Saya ).
Dalam Hal Ini Kesalahan Bukan Terletak Pada Tuan Guru Nik Aziz, Dan Bukan Juga Terletak Pada Parti PAS, Tetapi Kesalahan Terletak Pada Ustaz Budak Itu, Saya Bukan Nak Suruh Tangkap Budak Itu / Memberi Hukuman Yang Berat-Berat tidak!!, Ustaz Budak Itu Tidak Menarima Apa-Apa Tindakan / Hukuman, tapi bukan itu saja Malah Menarima Pujian Pula ( Seperti Ustaz Budak Terpelajar Dan Sebagainya ) Ini Yang Menjadikan Masalah Ini Lebih Serius Lagi.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ISU UMUM dengan judul Nik Aziz Nabi?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/01/nik-aziz-nabi.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Nik Aziz Nabi?"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.